Majlis Sambutan MaulidurRasul 1438H Peringkat UiTM Cawangan Johor telah diadakan pada 12 Februari 2017. Sambutan dimulakan dengan perarakan berselawat mengikut bahagian/unit bermula dari Padang Kawad hingga ke Masjid As Syakirin. Kemudian disusuli dengan ceramah yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan UiTM Cawangan Johor.

PTDI telah mendapat Naib Johan Pertandingan Sepanduk & Johan Pertandingan Perarakan. Selain itu juga PTDI telah mendapat Anugerah Johan dalam Pertandingan Nasyid antara bahagian bagi kategori staf Lelaki dan Staf Perempuan. Semoga semangat mencintai Rasulullah S.A.W akan berterusan dan berkekalan hingga ke akhir hayat. InsyaAllah.