Sekitar Lawatan Perpustakaan Tun Dr Ismail, UiTM Caw. Johor Kampus Segamat ke Jabatan Arkib Universiti (JAU), UiTM Shah Alam pada 14 Mac 2017. Antara objektif lawatan adalah:
- Memahami dengan lebih jelas berkenaan dengan pengurusan rekod dan arkib di kampus cawangan.
- Peranan serta Senarai tugas Pegawai Rekod Jabatan dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan di Kampus cawangan.
Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Ariffin Jamaludin , Timb. Ketua Pustakawan JAU, Pegawai Arkib, Pustakawan Kanan dan staf-staf JAU yang lain yang sudi menerima kunjungan kami kesana serta layanan yang cemerlang oleh tuan/puan semua. InsyaAllah diharapkan jalinan hubungan antara induk dan cawangan akan dipereratkan lagi dimasa hadapan.