PTDI mempunyai Koleksi Jurnal dan Majalah yang telah di binding (Bound).Pengguna boleh mendapatkan bahan tersebut di aras atas PTDI 2. Berikut adalah pautan Senarai Jurnal & Majalah Berjilid.

Senarai di bawah pula, merupakan langganan jurnal dan majalah yang dilanggan bagi tempoh Januari hingga Dissember 2019. Walaubagaimanapun, masih terdapat bahan yang belum diterima. Bagi bahan yang telah siap diproses, penempatan majalah/ jurnal tersebut adalah di aras atas PTDI 1.

Sila klik di link Online Database yang telah dilanggan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) bagi membuat carian bahan.

Kemudahan penggunaan komputer disediakan di kedua-dua bangunan PTDI. Pusat IT di PTDI 1 boleh menampung kapasiti pengguna seramai 32 orang, manakala PTDI 2 adalah seramai 45 orang. Pengguna perlulah membuat pendaftaran di kaunter Pusat IT untuk menggunakan kemudahan PC dan mesin cetakan.

1. Sila daftar dan ambil No. PC di kaunter. Tinggalkan kad pelajar di slot yang disediakan.

2. Guna komputer mengikut kad nombor PC.

3. Had masa yang dibenarkan adalah selama 2 jam sahaja, namun sekiranya tiada pengguna pada masa itu, para pelajar boleh menggunakan PC melebihi 2 jam.

Untuk menggunakan perkhidmatan percetakan di perpustakaan, para pengguna perlu membuat pembelian kad fotostat di Pejabat Bendahari dengan nilai RM10.00. Kadar fotostat/ cetakan adalah RM0.10/ helai dan akan ditolak secara automatik pada kad yang digunakan. Para pengguna perlu memaklumkan kepada staf bertugas di Kaunter Pejabat Bendahari, samada ingin membuat cetakan di PTDI 1 atau PTDI 2 kerana buat masa ini, model fotostat/ cetakan bagi kedua-dua PTDI adalah berbeza. Cetakan dan fotostat di PTDI hanya boleh dibuat setelah para pengguna membuat pembelian kad tersebut.

Perkhidmatan Rujukan disediakan kepada para pengguna bagi merujuk perkara-perkara berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan. Selain daripada kaedah bersemuka dengan Pustakawan Rujukan PTDI, mengajukan persoalan melalui email, media sosial dan panggilan telefon, pihak kami amat menggalakkan para pengguna menggunakan saluran Chat With Librarian bagi mengajukan sebarang persoalan yang berkaitan.

Perkhidmatan ini tersedia pada setiap hari bekerja bermula jam 8.30 hingga 5.00 petang. Sebarang persoalan yang diajukan selain waktu tersebut akan dijawab dan diberi maklumbalas melalui email tuan/puan.

Chat With PTDI Librarian