Pengenalan

Unit Jurnal & Pangkalan Data bertanggungjawab melanggan dan memberi perkhidmatan rujukan bahan  jurnal dan majalah.  Jurnal yang dilanggan terdapat dalam bentuk bercetak, CD-Rom dan juga pangkalan data dalam talian. Koleksi jurnal adalah berdasarkan kepada kursus/bidang yang ditawarkan.

Perkhidmatan:

Jurnal Di Rak Terbuka
Jurnal yang baru diterima boleh didapati di rak-rak terbuka yang disusun mengikut abjad.

Jurnal & Majalah Berjilid
Jurnal & Majalah kebelakangan yang telah dijilid diletakkan di rak terbuka dan ianya disusun mengikut nombor kelas, dan ditempatkan di PTDI 2.

Pangkalan Data Dalam Talian
Pangkalan data elektronik ini menyediakan maklumat dalam bentuk indeks dan abstrak atau imej/teks penuh ataupun kedua-duanya sekali.

Senarai Pangkalan Data Dalam Talian
Pangkalan data ini boleh diakses dengan melayari http://ezaccess.library.uitm.edu.my/

 

Unit Jilid bertanggungjawab dalam:-

  1. Menyelamatkan bahan-bahan bercetak daripada rosak dan tidak boleh dirujuk lagi.
  2. Memanjangkan usia bahan-bahan bercetak.
  3. Menjaga mutu ketahanan bahan bercetak

 

Ketua Unit Jilid

Puan Mawar Noor Binti Abdullah

Pustakawan Kanan

Tel: 07-9352352

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pengenalan

Unit Sistem dan Teknologi Maklumat adalah unit yang bertanggungjawab merancang dan menyediakan prasarana teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) yang terkini bagi PTDI.

Kemudahan

  • Terdapat 45 komputer yang di sediakan di Bilik IT PTDI. Penggunaan adalah selama 2 jam:
  • - 1 mesin pengimbas (scanner)
  • - 2 mesin pencetak (printer)

Bayaran Cetakan

Bayaran bagi percetakan adalah sebanyak RM 0.10 untuk satu muka surat (hitam & putih)

Bayaran untuk percetakan berwarna adalah sebanyak RM 1.50 sekeping.

Makluman:

Pelajar perlu membuat pembelian kad percetakan dan fotostat di Pejabat Bendahari.

Ketua Unit Sistem & Teknologi Maklumat:

Pn. Siti Rozana binti Mat Sanat | Pustakawan Kanan

Tel: 07-9352064

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

Unit ini bertanggungjawab dalam:-

  • Menganjurkan sesi tunjuk ajar penggunaan sumber-sumber maklumat yang sesuai dengan keperluan para penyelidik samada oleh pustakawan sendiri mahu pun secara kolaborasi dengan pembekal perkhidmatan maklumat.
  • Menawarkan sesi konsultasi penyelidikan merangkumi latihan penggunaan data penyelidikan Scopus dan Web of Knowledge demi untuk meningkatkan taraf penulisan penyelidikan yang lebih berkualiti.
  • Menganjurkan sesi bimbingan penerbitan secara kolaborasi bersama dengan jabatan-jabatan di dalam universiti dan para pembekal perkhidmatan maklumat. 
  • Menganjurkan latihan khusus untuk pustakawan tentang proses penyelidikan akademik, industri penerbitan, pengurusan sitasi dan kaedah bibliometrik. 
  • Mewujudkan saluran komunikasi melalui penggunaan media sosial bagi mewar-warkan kemudahan dan perkhidmatan serta memberi maklumbalas kepada para pelanggan.
  • Melaksanakan verifikasi profil penerbitan kakitangan akademik untuk urusan kenaikan pangkat, menyertai latihan dan lain-lain tujuan.
  • Melaksanakan verifikasi maklumat penerbitan berindeks PRISMA. 
  • Menguruskan koleksi penyelidikan kakitangan dan pelajar.
  • Mempromosikan aktiviti perlindungan harta intelek untuk warga kampus.

 

Ketua Unit Penyelidikan & Harta Intelek

Puan Mawar Noor Binti Abdullah

Pustakawan Kanan

Tel: 07-9352352

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Unit ini bertanggungjawab dalam:-

  • Menjalankan Orientasi Perpustakaan dengan memberi taklimat panduan berkenaan penggunaan kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan.
  • Menyediakan Kelas Kemahiran Maklumat bagi warga UiTM yang ingin memantapkan cara pencarian maklumat.
  • Mewujudkan Meja Rujukan yang merupakan ruang bagi  warga UiTM mendapatkan khidmat  nasihat berhubung pencarian bahan.
  • Nasihat dan panduan samada secara atas talian, bersemuka, telefon dan email.
  • Menyediakan perkhidmatan rujukan penyelidikan dan bimbingan.

 Perkhidmatan

  • Rujukan dan Bimbingan
  • Rujukan Penyelidikan
  • Kelas Kemahiran Maklumat
  • Orientasi Perpustakaan
  • Pegawai Perhubungan Perpustakaan
  • Promosi
  • Pameran Dalaman dan Luaran

 Orientasi Perpustakaan

Pendedahan tentang perkhidmatan, kemudahan dan koleksi perpustakaan kepada pelajar baru UiTM yang kebiasaannya diadakan pada setiap awal semester yang menekankan aspek:-

  • Pengenalan perpustakaan
  • Panduan pengunaan lokasi
  • Peraturan
  • Kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan
  • Lawatan ke perpustakaan

 Khidmat Nasihat Dan Rujukan

  • Pendedahan tentang teknik pencarian bahan perpustakaan samada bercetak atau tidak bercetak.
  • Menguruskan perkhidmatan khidmat nasihat dan rujukan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.
  • Memberi panduan dan bimbingan kepada pelanggan untuk mendapatkan bahan maklumat dan sumber rujukan melalui koleksi perpustakaan dan rujukan atas talian.
  • Mengendalikan segala bentuk pertanyaan dan persoalan yang dikemukakan oleh pelanggan di meja rujukan.

 Kelas Kemahiran Maklumat

  • Membantu pengguna mendapatkan maklumat dalam membuat penyelidikan. Kelas ini boleh diatur mengikut kesesuaian waktu pengguna.
  • Permohonan kelas boleh dibuat melalui https://ekkm.uitm.edu.my/ekkmu/
  • Melaksanakan program pendidikan pengguna kepada semua pelanggan Perpustakaan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, pengajaran penyelidikan.
  • Kelas ini mengambil masa dua (2) jam, lima (5) hari seminggu di makmal IT, PTDI 1 dan sesi tunjuk ajar dibuat secara "hands-on".
  • Pelajar dan kakitangan bukan sahaja akan diperkenalkan kepada koleksi bahan perpustakaan, tetapi mereka juga dibimbing dalam usaha untuk mencari bahan rujukan di perpustakaan serta pencarian dan akses kepada pangkalan data.

Antara modul yang ditawarkan ialah:-

  • WEBOPAC (pencarian bahan perpustakaan)
  • Pangkalan data dalam talian
  • Koleksi Digital (EPrints/ Kertas soalan peperiksaan)
  • Datastream/Eikon
  • Citation & Bibliografi
  • Pencarian internet secara ilmiah

Senarai Pangkalan Data Dalam Talian

Pangkalan data ini boleh diakses melalui http://ezaccess.library.uitm.edu.my/login

Hanya boleh diakses di dalam kampus & pastikan komputer  tersebut mempunyai Perisian Acrobat Reader/Adobe Reader. Username dan password boleh diperolehi di Unit Perkhidmatan Maklumat.

 

 

 


Ketua Unit Perkhidmatan Maklumat

Puan Mawar Noor Binti Abdullah

Pustakawan Kanan

Tel: 07-9352352

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.