Print
Unit-Unit PTDI
Hits: 1064

Pengenalan

Unit Jurnal & Pangkalan Data bertanggungjawab melanggan dan memberi perkhidmatan rujukan bahan  jurnal dan majalah.  Jurnal yang dilanggan terdapat dalam bentuk bercetak, CD-Rom dan juga pangkalan data dalam talian. Koleksi jurnal adalah berdasarkan kepada kursus/bidang yang ditawarkan.

Perkhidmatan:

Jurnal Di Rak Terbuka
Jurnal yang baru diterima boleh didapati di rak-rak terbuka yang disusun mengikut abjad.

Jurnal & Majalah Berjilid
Jurnal & Majalah kebelakangan yang telah dijilid diletakkan di rak terbuka dan ianya disusun mengikut nombor kelas, dan ditempatkan di PTDI 2.

Pangkalan Data Dalam Talian
Pangkalan data elektronik ini menyediakan maklumat dalam bentuk indeks dan abstrak atau imej/teks penuh ataupun kedua-duanya sekali.

Senarai Pangkalan Data Dalam Talian
Pangkalan data ini boleh diakses dengan melayari http://ezaccess.library.uitm.edu.my/