Pengenalan

Unit Pembangunan Bibliografik dan Pemprosesan Teknikal bertanggungjawab dalam menyediakan rekod bibliografik yang lengkap bagi bahan-bahan yang diperolehi oleh PTDI.

Selain daripada itu, bahan-bahan yang diproses akan dijamin kualitinya agar rekod bahan-bahan perpustakaan dapat diakses dengan cepat dan proses capaian maklumat menjadi berkesan kepada semua pelanggan perpustakaan.

Lain-lain tugas yang dilaksanakan oleh bahagian ini adalah menyediakan dasar pengkatalogan dan pengkelasan untuk bahan bercetak dan bahan elektronik, membangun dan menguruskan modul-modul Pengkalan Data berkaitan pemprosesan bahan bacaan dan mewujudkan tenaga kerja yang terlatih dalam pengkatalogan dan pengkelasan bahan.

Objektif Pengkatalogan dan Pengkelasan bahan-bahan adalah :

  1. Memudahkan pengguna mengesan bahan dalam koleksi perpustakaan
  2. Membolehkan pengguna mengakses bahan melalui judul, pengarang, penerbit, dan sebagainya.
  3. Mempercepatkan proses dapatan semula bahan-bahan melalui nombor panggilan apabila bahan telah dikesan.
  4. Memberitahu pengguna-pengguna tentang koleksi bahan-bahan yang terdapat di perpustakaan.

Penetapan pengkatalogan

  1. Bahan-bahan dikatalog dan dikelas berdasarkan Anglo American Cataloging Rules (AACR2).
  2. Pengkelasan bahan adalah dengan menggunakan Library of Congress Classification (LCC) dan National Library of Medicine Scheme (NLM).
  3. Tajuk perkara adalah ditentukan dengan penggunaan Library of Congress Subject Headings (LCSH) dan Medical Subject Headings (MeSH).

PinTAR-Link (Katalog Induk UiTM)

Mengandungi semua rekod bibliografi bahan-bahan di perpustakaan induk dan perpustakaan-perpustakaan cawangan.

Ketua Unit Pembangunan Bibliografik & Pemprosesan Teknikal:

En. Ahmad Akmal bin Mohd Idris | Pustakawan Kanan

Tel: 07-9352468

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.