Pengenalan

Unit Pembangunan Sumber Ilmu bertanggungjawab memilih dan memperolehi bahan-bahan bacaan bercetak dan bukan bercetak yang sesuai dan berkualiti bagi perpustakaan. Ia juga berperanan untuk memudahkan akses kepada semua bentuk maklumat dalam semua lingkungan perkara kecuali majalah bagi memenuhi keperluan pengguna perpustakaan secara efektif.

Cadangan dan permohonan daripada kakitangan akademik UiTM disalurkan kepada bahagian ini untuk proses pembelian. Perpustakaan ini juga telah menerima banyak sumbangan bahan-bahan perpustakaan dari individu dan institusi.

Fungsi Bahagian

  1. Membeli bahan perpustakaan termasuk bahan bercetak seperti buku, thesis, phamplet dan bahan bukan bercetak seperti CD-ROM, kaset, video dan lain-lain
  2. Memproses bahan sebelum dihantar ke Bahagian Pembangunan Bibliografik & Pemprosesan Teknikal
  3. Mengendalikan buku hadiah dan pertukaran buku perpustakaan dengan agensi luar

Polisi Pelanggan

  1. Pembelian/pesanan hanya dibuat melalui Kontraktor Kerajaan sahaja kecuali bagi bahan-bahan yang dicetak di dalam negeri dan bahan-bahan bukan bercetak seperti kaset, video tape, CD-ROM dan lain-lain
  2. Cadangan pembelian buku adalah dibuat oleh kakitangan akademik fakulti Program berkenaan dengan mendapat sokongan dari Dekan, Timbalan Dekan atau Ketua Program.
  3. Kakitangan bukan akademik juga boleh membuat cadangan dengan mendapat sokongan dari Ketua Bahagian masing-masing.
  4. Kakitangan professional perpustakaan boleh juga membuat cadangan/pemilihan tetapi hanya untuk buku-buku yang berbentuk rujukan am buku-buku cerita atau novel dan buku-buku untuk ‘general reading’.
  5. Jumlah naskhah bagi setiap judul adalah satu sahaja kecuali buku-buku teks dan rujukan utama, di antara 3 – 5 naskhah.
  6. Jenis bahan ‘hard cover’ atau Kulit tebal adalah diutamakan.
  7. Buku-buku yang berharga lebih dari RM1000 akan ditempatkan dalam kumpulan buku-buku ‘ruj’ (rujukan).
  8. Bahan-bahan rujukan utama seperti kamus, ensiklopedia, handbook dan lain-lain lagi juga ditempatkan di dalam kumpulan bahan-bahan ‘ruj’(rujukan).
  9. Bagi buku-buku yang disertakan dengan CD, CD akan disimpan di KBR. Manakala bukunya akan diletakkan di rak terbuka atau ‘ruj’(rujukan).

Ketua Unit Pembangunan Sumber Ilmu:

En. Ahmad Akmal bin Mohd Idris | Pustakawan Kanan

Tel: 07-9352468

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.