Unit ini bertanggungjawab dalam:-
- Menganjurkan sesi tunjuk ajar penggunaan sumber-sumber maklumat yang sesuai dengan keperluan para penyelidik samada oleh pustakawan sendiri mahu pun secara kolaborasi dengan pembekal perkhidmatan maklumat.
- Menawarkan sesi konsultasi penyelidikan merangkumi latihan penggunaan data penyelidikan Scopus dan Web of Knowledge demi untuk meningkatkan taraf penulisan penyelidikan yang lebih berkualiti.
- Menganjurkan sesi bimbingan penerbitan secara kolaborasi bersama dengan jabatan-jabatan di dalam universiti dan para pembekal perkhidmatan maklumat.
- Menganjurkan latihan khusus untuk pustakawan tentang proses penyelidikan akademik, industri penerbitan, pengurusan sitasi dan kaedah bibliometrik.
- Mewujudkan saluran komunikasi melalui penggunaan media sosial bagi mewar-warkan kemudahan dan perkhidmatan serta memberi maklumbalas kepada para pelanggan.
- Melaksanakan verifikasi profil penerbitan kakitangan akademik untuk urusan kenaikan pangkat, menyertai latihan dan lain-lain tujuan.
- Melaksanakan verifikasi maklumat penerbitan berindeks PRISMA.
- Menguruskan koleksi penyelidikan kakitangan dan pelajar.
- Mempromosikan aktiviti perlindungan harta intelek untuk warga kampus.
Ketua Unit Penyelidikan & Harta Intelek
Puan Mawar Noor Binti Abdullah
Pustakawan Kanan
Tel: 07-9352352
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.