Unit ini bertanggungjawab dalam:-

  • Menjalankan Orientasi Perpustakaan dengan memberi taklimat panduan berkenaan penggunaan kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan.
  • Menyediakan Kelas Kemahiran Maklumat bagi warga UiTM yang ingin memantapkan cara pencarian maklumat.
  • Mewujudkan Meja Rujukan yang merupakan ruang bagi  warga UiTM mendapatkan khidmat  nasihat berhubung pencarian bahan.
  • Nasihat dan panduan samada secara atas talian, bersemuka, telefon dan email.
  • Menyediakan perkhidmatan rujukan penyelidikan dan bimbingan.

 Perkhidmatan

  • Rujukan dan Bimbingan
  • Rujukan Penyelidikan
  • Kelas Kemahiran Maklumat
  • Orientasi Perpustakaan
  • Pegawai Perhubungan Perpustakaan
  • Promosi
  • Pameran Dalaman dan Luaran

 Orientasi Perpustakaan

Pendedahan tentang perkhidmatan, kemudahan dan koleksi perpustakaan kepada pelajar baru UiTM yang kebiasaannya diadakan pada setiap awal semester yang menekankan aspek:-

  • Pengenalan perpustakaan
  • Panduan pengunaan lokasi
  • Peraturan
  • Kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan
  • Lawatan ke perpustakaan

 Khidmat Nasihat Dan Rujukan

  • Pendedahan tentang teknik pencarian bahan perpustakaan samada bercetak atau tidak bercetak.
  • Menguruskan perkhidmatan khidmat nasihat dan rujukan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.
  • Memberi panduan dan bimbingan kepada pelanggan untuk mendapatkan bahan maklumat dan sumber rujukan melalui koleksi perpustakaan dan rujukan atas talian.
  • Mengendalikan segala bentuk pertanyaan dan persoalan yang dikemukakan oleh pelanggan di meja rujukan.

 Kelas Kemahiran Maklumat

  • Membantu pengguna mendapatkan maklumat dalam membuat penyelidikan. Kelas ini boleh diatur mengikut kesesuaian waktu pengguna.
  • Permohonan kelas boleh dibuat melalui https://ekkm.uitm.edu.my/ekkmu/
  • Melaksanakan program pendidikan pengguna kepada semua pelanggan Perpustakaan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, pengajaran penyelidikan.
  • Kelas ini mengambil masa dua (2) jam, lima (5) hari seminggu di makmal IT, PTDI 1 dan sesi tunjuk ajar dibuat secara "hands-on".
  • Pelajar dan kakitangan bukan sahaja akan diperkenalkan kepada koleksi bahan perpustakaan, tetapi mereka juga dibimbing dalam usaha untuk mencari bahan rujukan di perpustakaan serta pencarian dan akses kepada pangkalan data.

Antara modul yang ditawarkan ialah:-

  • WEBOPAC (pencarian bahan perpustakaan)
  • Pangkalan data dalam talian
  • Koleksi Digital (EPrints/ Kertas soalan peperiksaan)
  • Datastream/Eikon
  • Citation & Bibliografi
  • Pencarian internet secara ilmiah

Senarai Pangkalan Data Dalam Talian

Pangkalan data ini boleh diakses melalui http://ezaccess.library.uitm.edu.my/login

Hanya boleh diakses di dalam kampus & pastikan komputer  tersebut mempunyai Perisian Acrobat Reader/Adobe Reader. Username dan password boleh diperolehi di Unit Perkhidmatan Maklumat.

 

 

 


Ketua Unit Perkhidmatan Maklumat

Puan Mawar Noor Binti Abdullah

Pustakawan Kanan

Tel: 07-9352352

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.