Bagaimanakah sahsiah rupa diri pelajar ketika memasuki perpustakaan?

Semua pelanggan mesti mematuhi sahsiah rupa diri yang telah ditetapkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), UiTM. Pelanggan yang ingkar tidak akan dibenarkan memasuki perpustakaan. Rujuk Kod Etika Sahsiah Rupa Diri.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya berlaku kehilangan buku yang dipinjam?

Pengguna perpustakaan perlu membuat laporan kehilangan bahan di kaunter Perpustakaan. Pengguna akan diberi tempoh selama 14 hari untuk membuat carian buku yang telah dihilangkan. Sekiranya buku tidak dijumpai dalam tempoh 14 hari bekerja, pengguna perlu membuat bayaran harga buku + wang proses RM20.00 dan bayaran tunggakan denda.