Amalan Persekitaran Berkualiti (QE-5S) & Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Tahukah anda?

Amalan Persekitaran Berkualiti (QE-5S) adalah satu konsep yang mementingkan persekitaran kerja yang bersih, kemas dan produktif. Amalan ini juga adalah satu konsep yang mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal; menerusi lima kombinasi perkataan yang terdiri daripada perkataan SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM dan SENTIASA AMAL. Amalan ini antara lain dapat memastikan perkhidmatan berkualiti yang ditawarkan kepada pelanggan di UiTM Johor sentiasa berterusan. PTDI juga telah diiktiraf sebagai perpustakaan akademik pertama yang menerima Persijilan  Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) oleh Pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2009.

Pencapaian terkini PTDI dalam Amalan Persekitaran Berkualiti (QE-5S) :

  • PTDI telah dianugerahkan EMAS dalam  pertandingan Konvensyen Persekitaran Berkualiti (5S) Peringkat Kebangsaan pada 14-17 Oktober 2012.
  • PTDI telah dianugerahkan 3 bintang dalam  pertandingan Konvensyen Persekitaran Berkualiti (5S) Peringkat Wilayah Selatan pada 17-18 Julai 2012.
  • PTDI telah menerima Sijil Penghargaan Program Transformasi Perkhidmatan Awam Negeri Johor yang telah dianugerahkan kepada UiTM Johor kerana telah melaksanakan dan mencapai piawaian Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti sempena Seminar Transformasi Perkhidmatan Awam Negeri Johor pada 18 Disember 2011 dan 31 Januari 2013 oleh Setiausaha Kerajaan Johor.

 

Penjenamaan Semula 5S 

EKSA merupakan penjenamaan semula Amalan 5S yang telah diguna pakai dalam sektor awam sejak tahun 2010. Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik disamping penambahan beberapa elemen baharu. EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Amalan 5S ditambah baik dengan menambah lima elemen baharu, iaitu:

  • Imej Korporat;
  • Kreativiti dan Inovasi;
  • Amalan Hijau
  • Persekitaran Kondusif; dan
  • Kepelbagaian Agensi

Dasar EKSA UiTM Cawangan Johor

Persekitaran kondusif dapat membentuk budaya kerja yang berkualiti, kreatif, inovatif, selesa dan selamat serta meningkatkan imej korporat UiTM Cawangan Johor sebagai organisasi yang cemerlang demi memenuhi kehendak dan kepuasan hati pelanggan.

Objektif EKSA

  • Meningkatkan kecekapan dan produktiviti;
  • Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi
  • Meningkatkan imej korporat; dan
  • Mewujudkan pembudayaan amalan hijau

Info lanjut berkaitan EKSA

 

Hasil Lawatan Penanda aras ke IKBN Pagoh